Gambar: Mohd Zahrin.com
Jepun: Memiliki kenderaan adalah ciri khas orang kampung
Lain padang, lain belalang. lain di malaysia lain pula di Jepun, jika
orang Malaysia
berasa bangga memiliki kereta yang banyak dan dikatakan sebagai orang kaya, hal ini sangat berbeza dengan di Jepun.
Jikalau ada orang Jepun
mengatakan bahawa dia memiliki dua kereta, sudah tentu dia disangka golongan petani daripada luar
bandar.
Hanya orang-orang kota yang yang sangat kaya dan tidak keberatan dengan
sewa parking yang sangat
tinggi sahaja yang mahu
memiliki kenderaan beroda empat.
Kalaupun
ada, itu pun jarang digunakan. Mereka lebih harus
rela melihat keretanya
berdebu, karena berbulan-bulan tidak digunakan. Kalaupun digunakan pun hanya sesekali hanya untuk keluar
kota. Sekali lagi ini menegaskan, bahwa hanya orang-orang yang hidup di kampung
yang perlu kereta.
Isu masalah tinggal di kota atau kampung dalam
konteks masyarakat Jepun, sama sekali tidak ada kaitannya dengan
kualiti
hidup, pendidikan atau kemakmuran. Jalan
kaki dan berbasikal
adalah kenderaan
orang kota. Basikal di parking di atas terowong laluan stesen keretapi. Jumlah penduduk metropolitan Tokyo (Greater Tokyo) termasuk
kawasan seperti Chiba dan Saitama, sekitar 30 juta orang atau tergolong paling
padat di dunia. Namun penduduk Tokyo tidak pernah berasa sesak dan bising seperti halnya di Kuala Lumpur.
Kenapa? Kerana mereka tinggal tersebar, dan melakukan
perjalanan pergi dan pulang dari tempat bekerja dengan kereta api. Jaringan
kereta api di Tokyo adalah yang paling intensif di seluruh dunia. Kereta api
menjangkau setiap sudut kota. Jadual keberangkatan dan kedatangan hampir tidak pernah meleset, bahkan dalam kiraan saat sekali pun. Pengguna kereta api tidak berbual sia-sia, mereka membaca buku. Bercakapmenggunakan telefon selular di hadapan orang lain, adalah perbuatan
yang tergolong sangat tidak sopan.
Para pekerja tidak mempunyai
masalah jarak antara tempat tinggal dan pejabat. Mereka boleh memilih untuk tinggal dimana saja, karena
kos pengangkutan ditanggung oleh
syarikat tempat bekerja.
Pemerintah menjalankan
strategi sedemikian rupa sehingga semua diarahkan menggunakan kereta api dan
bukan bas kota
apalagi kendaraan peribadi.
Orang-orang yang tinggal di
kampung terutama petani, tentu saja memerlukan kenderaan roda empat, karena mereka petani maka
perlu membawa logistik untuk keperluan bertanam. Mereka menggunakan kendaraan ada muatan belakang yang terbuka. Untuk
kepentingan peribadi
yang bersifat sosial, biasanya mereka menggunakan kenderaan yang lebih bersih.
Industri motor Jepun menguasai pasaran dunia dengan
nilai berbilion dolar dengan strategi yang tepat untuk bangsa yang terbatas
intelektualnya. Sukar untuk membayangkan wajah
kehairanan seorang petani lobak di Gifu, bila mengetahui bahawa kendaraan SUV-nya itu jika di
malaysia diletakkan sebagai simbol status
eksekutif dan simbol orang sukses
dan yang penuh gaya.
Gambar: Mohd Zahrin.com
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.