logo

Inovatif

Kisah bagaimana Tuan Guru Haron Din terima & belanjakan wang RM1 juta

Kedua adik beradik ini mesra bersama

CERITA ALMARHUM TUAN GURU HARON DIN KEPADA KAMI....
Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa' Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna. 

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati " mungkin RM100 atau lebih sikit". Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tapi si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. "Ustaz gunalah duit tersebut untuk apa-apa pun". Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, "saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi". Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali-kali berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, "bukan saya, tapi ada hamba Allah yg bagi cek ni pada saya. Saya tolong sampaikan saja".
Bergambar bersama adik beradik
Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami tadi menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan tentang lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami tadi terkejut. " Ustaz guna duit tu untuk masjid?" Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum. 

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, orang agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya' dan solihin.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه....
Abu Anas Mohamad Lutfi
Kuala Kubu Bharu

Inovatif

About Inovatif -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :