Bos Facebook bercuti, rezeki semakin mencurah-curah.
Ada-ada
saja cerita unik dari pengasas situs
jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg. Zuck yang baru saja mengambil cuti setelah
kelahiran puteri
pertamanya, Maxima Chan Zuckerberg, itu bak mendapatkan durian runtuh.
Kenapa pula tidak, selama bercuti untuk merawat puterinya bersama-sama dengan isterinya,
Priscilla Chan, rangkaian
sosial yang pengguna aktifnya mencapai 1,59 bilion per bulan itu melaporkan bahawa pendapatannya meningkat hingga 52
persen selama tempoh
tiga bulan pada
31 Desember 2015.
Maklumat daripada Tech Times, Jumaat (29/1/2016), keuntungan yang diperolehi Facebook pada tempoh tersebut mencecah lebih dari US$ 1 bilion!
Zuckerberg dikabarkan
menghabiskan masa cutinya bersama sang buah hatinya selama lebih kurang dua
bulan. Dalam cutinya, CEO Facebook ini seringkali dilihat
menikmati saat-saat manis
bersama keluarga kecilnya dalam foto-foto yang beredar luas di internet. Dalam pada itu,
berdasarkan laporan Bloomberg, harga saham Facebook melonjak, sehingga
memberikan Zuckerberg tambahan kekayaan hingga US$ 5.5 bilion! Hal tersebut menjadikannya berada pada kedudukan keenam dari daftar orang-orang paling
kaya di dunia.
Moral dartipada
kisah Zuckerberg ini, jika anda adalah seorang ayah yang memiliki
pekerjaan dengan tingkat stres yang tinggi,
cubalah untuk beristirahat dari pekerjaan dan mengambil cuti. Habiskan waktu tersebut untuk melakukan
hal-hal indah bersama dengan orang-orang yang Anda cintai. Sudah
tentu prestasi anda kelak akan menjadi lebih baik. Facebook dikabarkan mengizinkan pekerjanya untuk cuti selama empat bulan bagi mengurus anak-anak mereka yang baru
lahir. Sebagai perbandingan, CEO Yahoo, Marissa Mayer, hanya mengambil dua
minggu semasa
cutinya pada 2012 setelah dia melahirkan anak pertamanya.
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.