logo

Showing posts with label Ikhtibar. Show all posts
Showing posts with label Ikhtibar. Show all posts
Inovatif

Bos Facebook bercuti, rezeki semakin mencurah-curah.


Ada-ada saja cerita unik dari pengasas situs jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg. Zuck yang baru saja mengambil cuti setelah kelahiran puteri pertamanya, Maxima Chan Zuckerberg, itu bak mendapatkan durian runtuh. Kenapa pula tidak, selama bercuti untuk merawat puterinya bersama-sama dengan isterinya, Priscilla Chan, rangkaian sosial yang pengguna aktifnya mencapai 1,59 bilion per bulan itu melaporkan bahawa pendapatannya meningkat hingga 52 persen selama tempoh tiga bulan pada 31 Desember 2015.

Maklumat daripada Tech Times, Jumaat (29/1/2016), keuntungan yang diperolehi Facebook pada tempoh  tersebut mencecah lebih dari US$ 1 bilion! Zuckerberg dikabarkan menghabiskan masa cutinya bersama sang buah hatinya selama lebih kurang dua bulan. Dalam cutinya, CEO Facebook ini seringkali dilihat menikmati saat-saat manis bersama keluarga kecilnya dalam foto-foto yang beredar luas di internet. Dalam pada itu, berdasarkan laporan Bloomberg, harga saham Facebook melonjak, sehingga memberikan Zuckerberg tambahan kekayaan hingga US$ 5.5 bilion! Hal tersebut menjadikannya berada pada kedudukan keenam dari daftar orang-orang paling kaya di dunia.


Moral dartipada kisah Zuckerberg ini, jika anda adalah seorang ayah yang memiliki pekerjaan dengan tingkat stres yang tinggi, cubalah untuk beristirahat dari pekerjaan dan mengambil cuti. Habiskan waktu tersebut untuk melakukan hal-hal indah bersama dengan orang-orang yang Anda cintai. Sudah tentu prestasi anda kelak akan menjadi lebih baik. Facebook dikabarkan mengizinkan pekerjanya untuk cuti selama empat bulan bagi mengurus anak-anak mereka yang baru lahir. Sebagai perbandingan, CEO Yahoo, Marissa Mayer, hanya mengambil dua minggu semasa cutinya pada 2012 setelah dia melahirkan anak pertamanya.
Read More
Inovatif

Kisah bagaimana Tuan Guru Haron Din terima & belanjakan wang RM1 juta

Kedua adik beradik ini mesra bersama

CERITA ALMARHUM TUAN GURU HARON DIN KEPADA KAMI....
Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa' Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.

Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna. 

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati " mungkin RM100 atau lebih sikit". Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tapi si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. "Ustaz gunalah duit tersebut untuk apa-apa pun". Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, "saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi". Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali-kali berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, "bukan saya, tapi ada hamba Allah yg bagi cek ni pada saya. Saya tolong sampaikan saja".
Bergambar bersama adik beradik
Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami tadi menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan tentang lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami tadi terkejut. " Ustaz guna duit tu untuk masjid?" Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum. 

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, orang agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya' dan solihin.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه....
Abu Anas Mohamad Lutfi
Kuala Kubu Bharu
Read More
Inovatif

Kisah Benar Mayat Tak Diterima Bumi Di Sri Gombak


Pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan cerama Maulidur Rasul. Saya berkesempatan berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.

Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.

Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.

Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.

Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.

Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.

Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.

Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. Saya kemudiannya meminta izin SERTA bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.

Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.



Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja. Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.

Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.

Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.

Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.



Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi SAW.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.

Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.

Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.

Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.

Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Sumber: resepisheilarusly.com

Wallahu’alam bishshawab, ..Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...

Sila DI SHARE .. jika menurut sahabat bermanfaat ....
Read More