Wartawan dan pengarang Swiss, Roger Du Pasquier menulis dalam buku
10 Salah faham terbesar tentang Islam
Wartawan dan pengarang Swiss, Roger Du Pasquier menulis dalam buku
“Di Barat, sama ada Kristian atau agama lain,
tidak pernah benar-benar mengenali Islam. Sejak mereka melihat ia muncul di
pentas dunia, Kristian tidak pernah berhenti menghina dan memfitnah untuk
mencari justifikasi untuk melancarkan perang ke atasnya.”
Kali ini saya ingin memuatkan
10 salah faham terbesar mengenai Islam dari kaca mata masyarakat dunia. Semoga
memberi pendedahan kepada kita semua terhadap salah anggap yang berlaku dan
dapat menjawab setiap persoalan yang dilemparkan kepada agama Islam.
1. Muslim
adalah Arab
Salah faham: Semua orang Islam
adalah orang Arab
Imej biasa seorang muslim
dalam pemikiran Barat adalah seorang lelaki berserban Arab dengan janggut yang
panjang. Walau bagaimanapun, imej ini adalah
sebahagian daripada minoriti umat Islam. Arab terdiri daripada hanya 15%
daripada penduduk Islam di dunia. Fakta
menunjukkan bahawa penganut agama Islam di Timur Tengah adalah yang ketiga,
dengan Asia Timur pada tangga pertama (69%) dan kawasan benua Afrika (27%) pada
tangga kedua. Satu lagi salah faham
yang biasa ialah bahawa semua orang Arab beragama Islam. Yang sebenarnya,
walaupun majoriti orang Arab Islam (75%), terdapat banyak agama-agama lain yang
diamalkan oleh orang Arab termasuk Kristian dan Yahudi.
2. Muslim
dan Jesus
Salah faham: Orang Muslim
membenci Jesus
Sebenarnya banyak persamaan
fakta sejarah diantara Kristian dan Islam. Sebenarnya ramai yang tak tahu
bahawa orang Islam mengakui bahawa Jesus adalah salah seorang daripada utusan
Tuhan (Allah), iaitu dikenali sebagai Nabi Isa.
Seseorang
muslim itu wajib beriman dan percaya kepada kelahiran suci Maryam dan
mukjizat-mukjizat yang terdapat pada Nabi Isa (Jesus). Nabi Isa (Jesus) turut disebut di dalam
kitab suci Al-Quran di dalam pelbagai surah dan baginda (Nabi Isa/Jesus) sering
dirujuk sebagai contoh tauladan yang mulia dan terpuji. Walau bagaimanapun, perbezaan utama
diantara kepercayaan penganut Kristian dan Islam adalah, Islam tidak meletakkan
Jesus sebagai tuhan. Islam juga mempercayai Nabi
Isa sebagai penyelamat manusia di akhir zaman.
3. Hak
Kanak-Kanak
Salah faham: Kanak-kanak tidak
mempunyai hak
Kanak-kanak, mengikut
undang-undang Islam, mempunyai hak yang pelbagai. Salah satunya ialah hak
dipelihara dan dibesarkan dengan baik dan diberi pendidikan. Islam menggalakkan kanak-kanak dibesarkan
dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab seorang dewasa untuk membesarkan
anaknya untuk menjadi seorang dewasa yang bermoral dan beretika. Anak-anak juga perlu diberi layanan yang
adil. Apabila memberi hadiah wang, mereka semua harus mendapat jumlah yang sama
dan tidak harus ada pilih kasih di kalangan mereka. Kanak-kanak dibenarkan untuk mengambil
sedikit daripada harta ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan bagi diri,
walaupun jika ibu bapa enggan memberikan mereka perbelanjaan yang sepatutnya
untuk hidup. Seorang kanak-kanak
juga tidak dibenarkan untuk dipukul di muka atau dirotan oleh apa-apa lebih
besar daripada sebatang pensil.
4. Agama
Yang Tiada Toleransi
Salah faham: Islam tidak boleh
bertolak ansur kepada agama-agama lain
‘Bunuh orang kafir’ adalah
frasa yang ramai orang percaya bahawa ini adalah ideologi orang Islam terhadap
orang bukan Islam. Ini
adalah satu gambaran yang tidak betul tentang undang-undang agama Islam. Islam
sentiasa memberi penghormatan dan kebebasan beragama kepada semua penganut
agama lain. Dalam Al-Quran
mengatakan, ‘Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa’. (Surah
al-Ma’idah : 8) Terdapat
banyak contoh sejarah toleransi Islam terhadap agama lain. Salah satu contoh
adalah apabila Khalifah Umar menjadi penguasa Jerusalem dari 634 hingga 644
Masihi. Dia memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat agama dan
berkata bahawa penduduk bandar adalah selamat dan tempat ibadat mereka tidak
akan diambil dari mereka. Beliau
juga telah menubuhkan mahkamah yang telah ditetapkan kepada minoriti bukan
Islam. Apabila beliau melawat kawasan suci (holy area) beliau akan meminta
ketua Kristian, bapa Sophronius (Christian patriarch Sophronius) untuk
menemaninya.
5. Jihad
Salah faham: Jihad bermaksud
membunuh demi tuhan
Makna sebenar bahasa Arab bagi
perkataan jihad adalah perjuangan. Terdapat banyak bentuk jihad tetapi yang
paling penting adalah jihad al-nafs (jihad melawan nafsu diri), jihad bil-lisan
(jihad dengan menjaga percakapan), yad bil jihad (jihad dengan menggunakan tindakan),
dan Jihad bis Saif (jihad dengan menggunakan pedang). Setiap jihad berada pada kedudukan berbeza
dan telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pulang dari pertempuran dan
berkata, ”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (yang pergi ke medan peperangan)
kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan hawa nafsu). Ini bermakna bahawa Islam mementingkan
perjuangan menentang nafsu diri dan jiwa, lebih penting daripada jihad dalam
perang. Mati syahid tidak hanya mati di medan
perang. Seseorang yang meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah, seorang
wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan anak, atau seseorang yang mati
dalam kemalangan kereta ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, semuanya
diberi kemuliaan syahid.
6. Perkahwinan
Kanak-Kanak
Salah faham: Nabi Muhammad SAW
adalah pedophile (bermaksud sumbang mahram/salah laku seks terhadap
kanak-kanak)
Walaupun ia adalah benar
bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang pada ketika itu berusia sembilan
tahun, tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil pedophilia. Sejarah pada waktu itu menunjukkan, dan
juga didalam Islam, umur di mana seorang perempuan telah dianggap bersedia
untuk berkahwin adalah setelah mencapai akil baligh. Perkara ini juga terdapat
dalam Bible, dan masih digunakan hari ini untuk menentukan umur perkahwinan di
banyak kawasan di dunia. Ini adalah sebahagian daripada norma manusia. Aisyah (Isteri Nabi Muhamad SAW) berkahwin
setelah baligh 3 tahun sebelum perkahwinan. Dia telah mencapai umur akil
baligh. Dan lelaki atau perempuan, menurut di sisi undang-undang Islam, mereka
bertanggungjawab atas segala tindakan mereka di bawah undang-undang Islam. Pada
waktu ini, mereka dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri dan
bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Dalam
Islam juga, adalah menyalahi undang-undang untuk memaksa seseorang untuk
berkahwin dengan seseorang jika mereka tidak mahu berkahwin. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa
masyarakat pada zaman itu mengkritik atau mengecam gadis yang berkahwin pada
usia muda. Sebaliknya, perkahwinan telah digalakkan oleh keluarga gadis dan
telah disambut baik oleh masyarakat umum.
7. Keganasan
Tentera Muslim
Salah faham: Tentera Islam
adalah orang yang tidak bertamadun dan biadab semasa perang
Ini agak berlawanan kerana
terdapat sepuluh peraturan perng yang setiap tentera Islam mesti patuhi:
Jangan melakukan pengkhianatan
Tidak menyimpang dari jalan
yang lurus
Jangan merosakkan mayat
Jangan membunuh kanak-kanak
Jangan membunuh wanita
Jangan membunuh lelaki tua
Tidak memudaratkan atau
membakar pokok
Jangan memusnahkan
bangunan-bangunan
Tidak memusnahkan tanaman musuh, melainkan
jika digunakan untuk makanan
Membiarkan orang yang
menumpukan hidup mereka kepada perkhidmatan monastik
Semasa
perang salib, apabila Salahuddin menewaskan tentera Frank, baginda memberi
penghormatan kepada tentera Frank yang dikalahkan dan membekalkan mereka dengan
makanan dan semasa perang salib ketiga apabila musuh Salahuddin, raja Richard
jatuh sakit, Salahuddin menghantar kepada baginda hadiah buah-buahan dan kuda.
Karen
Armstrong menggambarkan penaklukan kali kedua keatas Jerusalem dengan kata-kata
berikut ini:
Pada
tarikh 2 Oktober 1187, Salahuddin dan tenteranya memasuki Jerusalem sebagai
penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi bandar Muslim.
Salahuddin menepati janjinya, dan menakluk kota tersebut menurut ajaran Islam
yang murni dan yang paling tinggi.
Dia tidak berdendam untuk membalas
pembunuhan tahun 1099, seperti yang Al-Qur'an anjurkan (16:127), dan sekarang,
kerana permusuhan dihentikan, ia menghentikan pembunuhan (2:193-194).
Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh
dan tidak ada rampasan harta. Jumlah tebusan pun sangat rendah....
Salahuddin menangis tersedu-sedu kerana
keadaan mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur berpecah-belah dan dia
membebaskan banyak daripada mereka, mengikut imbauan Al-Quran, walaupun
menyebabkan putus asa pengurus negara yang telah lama menderita.
Saudara lelakinya al-Adil begitu tertekan
kerana penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa
seribu orang di antara mereka bersamanya dan kemudian membebaskan mereka di
tempat itu juga...
Semua pemimpin Islam merasa tersinggung
kerana melihat orang-orang Kristian kaya melarikan diri dengan membawa kekayaan
mereka, yang boleh digunakan untuk menebus semua tawanan...
Heraclius membayar tebusan dirinya sebanyak
sepuluh dinar seperti tawanan lain dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk
mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre.
Subhaanallah..
8. Hak
Wanita
Salah faham: Wanita tidak
mempunyai hak dalam Islam
Imej bagi seorang wanita
memakai tudung dari kepala ke kaki, adalah seorang wanita yang tidak mendapat
keadilan. Dan terdapat
negara-negara Islam di dunia yang melaksanakan banyak hukuman yang keras
terhadap wanita, ini tidak harus digambarkan sebagai undang-undang Islam.
Kebanyakan negara-negara ini mempunyai perbezaan budaya yang bertentangan
dengan ajaran Islam. Perkara
ini harus diperhatikan bahawa semasa zaman sebelum ketibaan Islam, wanita telah
digunakan untuk memuaskan nafsu sahaja dan tidak mempunyai kebebasan. Kelahiran
anak perempuan dalam keluarga dianggap penghinaan dan amalan pembunuhan bayi
perempuan adalah tidak terkawal. Apabila Islam datang, agama
ini melarang keras amalan pembunuhan bayi perempuan. Islam telah memberikan
kembali hak asasi manusia yang banyak kepada wanita. Seorang wanita Islam dibenarkan untuk
menolak dan menerima apa-apa pinangan untuk berkahwin dan mempunyai hak untuk
memohon perceraian. Juga
dari segi pendidikan, seorang wanita yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk
mencari ilmu demi kebaikan dirinya dan masyarakat. Pada waktu ini, banyak wanita telah
dieksploitasi dengan iklan produk yang mendedahkan aurat. Manakah yang lebih
melindungi wanita? Islam atau undang-undang ciptaan manusia?
9. Disebarkan
Melalui Pedang
Salah faham: Islam telah
tersebar dengan pedang
Sejarawan De Lacey O’Leary
mengatakan, “Sejarah menjelaskan bahawa lagenda tentera Islam fanatik yang
menyerang dunia dan memaksa memeluk Islam dengan pedang terhadap bangsa yang
ditawan adalah salah satu mitos yang paling hebat yang tidak masuk akal dalam
sejarah dunia.“ Tidak
ada catatan dalam sejarah yang menunjukkan orang yang dipaksa oleh mata pedang
untuk memeluk agama Islam. Apabila
Islam tersebar melalui negara, mereka akan menubuhkan gereja persendirian dan
rumah-rumah ibadat untuk orang bukan Islam yang tinggal dibawah pentadbiran
mereka dan kerana akhlak yang baik yang mereka telah terima, mereka sendiri
tertarik untuk menukar agama. Orang
yang melihat sejarah dan gemar berfikir akan menyedari bahawa satu kumpulan
kecil orang tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi ahli-ahli agama
mengikut kehendak mereka. Dan
yang paling menarik untuk direnungkan, adalah apabila tentera Mongol menyerang
dan menakluki sebahagian besar empayar Islam, dan tentera Mongol tersebut
bukannya memusnahkan agama Islam, malah mereka pula menerima pakai ajaran Islam
dalam kehidupan mereka.
10. Islam
Itu Pengganas
Salah faham: Islam adalah pengganas
Setakat ini, ia merupakan
salah tanggapan buruk terbesar tentang Islam, memandangkan media memberikan
imej tidak adil dan sikap stereotaip awam (barat). Kenapa tentera Amerika atau Israel yang
menembak orang awam dilabelkan sebagai ’pembenci jenayah’, tetapi apabila
seorang Muslim membuat tembakan balas untuk mempertahankan diri atau keluarga
mereka, akan dianggap sebagai ’pengganas’? Pihak
media juga menggambarkan Islam sebagai suatu kultus atau kumpulan dimana jika
kita menyertainya, kita menjadi seorang pengganas yang kini merupakan
sebahagian daripada agenda buruk pihak barat.
Walau
bagaimanapun, di seluruh dunia, Islam dalam bentuk sebenar adalah sebagai satu
cara hidup. Terdapat banyak ayat di
dalam al-Quran yang menentang idea keganasan.
"Dan
perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah
kamu melampaui batas". (QS Al Baqarah: 190)
Tiada tempat dalam Islam, sama
ada dalam al-Quran atau ajaran Muhammad, yang menggalakkan pembunuhan orang
yang tidak berdosa.
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.