Kisah Benar Mayat Tak Diterima Bumi Di Sri Gombak
Pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan cerama Maulidur Rasul. Saya berkesempatan berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan
kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah
Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang
agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam
pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya
lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya
uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung,
bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman
menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah
Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes
yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah
kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan,
menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua
hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang
yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara
kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah
bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke
rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir.
Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi
apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi
dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah
tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa
saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak
Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan
lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya.
Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat
busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah
tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok
wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya
seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan
bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain
kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara
kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah
yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat
itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan
jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah
diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut
Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada
hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari
tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya.
“Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi
mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar
dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya
ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan
berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir.
Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada
mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu
adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan
tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia
akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya
menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana
dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya
lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu,
terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu
tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan
badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian
Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi
memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya
seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki.
Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak
Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan
menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak,
merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok
imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk
maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang
bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam
saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa
mereka itu. Saya kemudiannya meminta izin SERTA bantuan mereka untuk
menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat
tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen
banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah
kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang
dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas
itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya
mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak
diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab
saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang
menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain
kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka
saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya
katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak
apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain,
saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan
jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh
saya lakukan.
Pada masa yang sama saya
berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah,
cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan
taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir
cuma 13 orang saja. Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah
timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak
ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan
sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah
kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang
hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu
sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian
muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan
vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia
berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan
untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan
kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak
mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van
itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan
bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka
waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang
basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu
sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk
menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur
dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan
kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami
menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan
sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi
peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi –
takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut
ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan
tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad
jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya
keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan,
tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya
arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas.
Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup,
tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi SAW.
Papan keranda diturunkan dan
kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya
mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan
tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan
ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya
arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu.
Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak
dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang.
Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok
tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup
saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan
keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat
mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang
saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan
doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan
himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang
telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi
orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid
dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan
mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya.
Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham
menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum,
anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga
ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang
Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila
dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal
membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham
telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka
menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini
akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita
adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita,
anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat
menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Sumber: resepisheilarusly.com
Wallahu’alam bishshawab,
..Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...
Semoga bermanfaat dan Dapat
Diambil Hikmah-Nya ...
Sila DI SHARE .. jika menurut
sahabat bermanfaat ....
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.