logo

Inovatif

Dr. Zakir Naik. Pendebat yang tak pernah kalah


Nama beliau adalah Zakir Bin Abdul Karim Naik atau lebih dikenali dengan nama Dr. Zakir naik dilahirkan pada 18 oktober 1965 Mumbai, India. Beliau mendapat mendidikan awal di St. Peter's High School, Mumbai. Beliau memperoleh Ijazah kedoktoran dalam bidang Perubatan Universiti Mumbai. Beliau merupakan seorang doktor pakar perubatan dan pembedahan. Beliau juga dikenali sebagai pakar dalam bidang perbandingan agama. Namun sejak tahun 1991, beliau berubah arah menjadi seoarang pendidik dan pendakwah.

KEHEBATAN BELIAU
Beliau mempunyai ingatan yang luar biasa dengan kehebatan dan kemahiran ilmu Al-Quran, ilmu hadis, ilmu-ilmu saintifik dan ilmu logik. Malah, beliau juga mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang berkaitan dengan kitab Injil, Taurat dan Mahabrata. Dengan kata lain, beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kitab Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Beliau mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, mempunyai kecerdasan, keahlian dan kepandaian dalam perbandingan agama. Beliau juga digelar ‘DeedatPlus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat. Tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luar biasa tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Beliau juga merupakan seorang yang berani menyatakan kebenaran dan terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan oleh ribuan penonton yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

Sebagai contoh, beliau mampu menyakinkan persoalan yang ditanyakan oleh seorang athies tentang kewujudan tuhan yang tidak mempercayai bahawa tuhan menciptakan alam semesta. Beliau menjawab dengan bijak dengan katanya “adakah sebuah mesin mampu tercipta dengan sendirinya tanpa perlu kepada penciptanya”?

Beliau juga mampu dan mahir dalam membentangkan bukti-bukti sains melalui kitab Al-Quran dan Hadis seperti kejadian alam ini adalah dibawah kekuasaan Allah. Pada 40 tahun yang lalu, sains telah menemukan teori bahawa alam ini tercipta setelah berlakunya satu kejadian letupan besar di angkasa lepas iaitu Big Bang Theory. Namun, semua itu sebenarnya telah terjawab dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Surah 21: 30.

Selain daripada itu, saintis terdahulu mempercayai bahawa bulan mengeluarkan cahaya. Namun kajian membuktikan bahawa bulan itu menerima cahaya dari matahari dan kemudian memantulkannya (reflected light). Surah 25: 61.

SUMBANGAN
Pada Februari 1991, beliau telah mengasas dan menubuhkan Islamic Research Foundation (IRF). Tujuan pertubuhan itu adalah untuk membetulkan salah faham berkenaan Islam dalam kalangan penganut agama lain. IRF juga mempunyai rangkaian tv sendiri iaitu Peace TV yang disiarkan secara percuma.

Kerja-kerja yang dihasilkan oleh IRF termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak. Kebanyakkan menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Sejak tahun 1991 hingga 2002, beliau telah menyampaikan ribuan syarahan umum, dijemput ke rancangan-rancangan tv & radio di peringkat antarabangsa seperti di India, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi. Beliau juga menulis banyak buku-buku berkaitan agama & perbandingan agama.

Pada 1 April 2000, terjadi suatu perdebatan yang bertajuk The Quran and the Bible in the light of Science antara beliau dengan Dr. William Campbell (Amerika Syarikat) yang berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Ini merupakan perdebatan beliau yang paling berjaya. Dr. William Campbell adalah seorang pakar Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan fasih berbahasa Arab yang pakar dalam agama Kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr. Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan, tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan beliau itu dihafal secara ‘ayat ke ayat’ oleh Dr. Zakir Naik.
 
Sesungguhnya melihat perdebatan tersebut, membuatkan para penonton merasa takjub terhadap Dr. Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr. William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan tersebut.

Debat ini adalah debat terakhir yang dibuat oleh Dr. Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William Campbell seperti seorang yang ‘hilang arah’ dan hujah ketika bertemu beliau.

Antara sumbangan beliau lagi, beliau berjaya mengislamkan seorang wanita bernama Jill beragama Hindu selepas bertanya soalan kepada Dr. Zakir Naik berkenaan khabar kedatangan nabi Muhammad dalam Kitab selain di Al-Quran dan Injil. Selain itu, Beliau berjaya mengislamkan seorang Kristian yang bernama Patrict setelah berlaku perdebatan yang berkaitan dengan Jesus adalah anak tuhan.
Beliau berjaya mengislamkan puluhan ribu orang di serata dunia dengan kepetahan hujah yang disokong dengan bukti sains dan fakta. Tidak hairanlah jika pendakwah terkenal dunia ini berjaya mengumpulkan hampir enam juta pengikut di laman sosial Facebook miliknya.

Beliau pernah memenuhi undangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dua tahun lalu. Menariknya, ceramah beliau berjaya mengumpul lebih 12,000 tetamu yang hadir di seluruh negeri. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan ceramah di Johor Bahru, Dewan Pisa Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kuantan. ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Beliau turut menerima plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada cendekiawan Islam, Ahmad Deedat yang terpahat "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.”

Pada tahun 2013, beliau dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah Peringkat Antarabangsa di Putrajaya.
Sumbangan dan kejayaan beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global dan kebangsaan serta mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Beliau terkenal dengan cara dakwah inter religion yang memukau ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Beliau banyak menerangkan Islam.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.

Inovatif

About Inovatif -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :