7 lapisan bumi
Salah satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an adalah
bahawa langit terdiri atas tujuh lapisan.
“Dia-lah
Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.” (QS. Al Baqarah:29)
“Kemudian
Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya
tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit
urusannya.” (QS. Fussilat:11-12)
Kata
“langit”, yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Qur’an, digunakan
untuk mengacu pada “langit” bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan
makna kata seperti ini, bermaksud bahwa langit bumi atau
atmosfera terdiri dari tujuh lapisan.
Pada zaman ini telah
terbukti
bahawa atmosfera bumi terdiri atas
lapisan-lapisan yang berbeza yang saling berlapis.
Lebih dari itu, seperti dinyatakan dalam Al
Qur’an, atmosfera terdiri atas tujuh lapisan. Para
ilmuwan menemukan bahawa atmosfera
terdiri diri beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeza
dalam ciri-ciri fizik, seperti tekanan dan jenis gasnya.
Lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi disebut
TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan ruang
atmosfer. Lapisan di atas troposfera disebut STRATOSFERA.
LAPISAN
OZON adalah bahagian dari stratosfera di mana terjadi
penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut MESOSFERA.
. TERMOSFERA berada di atas mesosfera. Gas-gas terionisasi
membentuk suatu lapisan dalam termosfera yang disebut IONOSFERA.
Bagian paling luar atmosfera bumi membentang dari
sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini dinamakan
EKSOSFERA. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General
Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 319-322)
Keajaiban
penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12, “… Dia
mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” Dengan kata lain, Allah dalam ayat
ini menyatakan bahawa Dia memberikan kepada setiap langit
tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat difahami,
tiap-tiap lapisan atmosfira ini memiliki fungsi
penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk hidup
lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan
hingga perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan
gelombang radio hingga perlindungan terhadap kesan meteor yang berbahaya.
Salah
satu fungsi ini, misalnya, dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana
berikut: Atmosfera bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan
terendah dinamakan troposfera. Hujan, salju, dan
angin hanya terjadi pada troposfera.
(http://muttley.ucdavis.edu/Book/Atmosphere/beginner/layers-01.html). Sebuah
keajaiban besar bahwa fakta-fakta ini, yang tak mungkin diketahui tanpa
teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Qur’an 1.400
tahun yang lalu.
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.