"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.
Dasar lautan yang gelap
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.
(Surah An-Nur: 40)
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar
kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir
tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak
terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum
mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, melalui pengetahun
tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan
peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis
untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke
bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan
tanpa peralatan tanpa alatan canggih di dasar, bahagian yang gelap di lautan,
seperti pada kedalaman 200 meter.
Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini
mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun
kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam
surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an
di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah
peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur:
gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya
ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi
keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di
sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan
sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan
berbeza.
Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam
kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari
air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di
permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak
internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan
dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang
diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi
secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian,
seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang
amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal).
Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik
perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu
yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan
sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.