logo

Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Inovatif

Dr. Zakir Naik. Pendebat yang tak pernah kalah


Nama beliau adalah Zakir Bin Abdul Karim Naik atau lebih dikenali dengan nama Dr. Zakir naik dilahirkan pada 18 oktober 1965 Mumbai, India. Beliau mendapat mendidikan awal di St. Peter's High School, Mumbai. Beliau memperoleh Ijazah kedoktoran dalam bidang Perubatan Universiti Mumbai. Beliau merupakan seorang doktor pakar perubatan dan pembedahan. Beliau juga dikenali sebagai pakar dalam bidang perbandingan agama. Namun sejak tahun 1991, beliau berubah arah menjadi seoarang pendidik dan pendakwah.

KEHEBATAN BELIAU
Beliau mempunyai ingatan yang luar biasa dengan kehebatan dan kemahiran ilmu Al-Quran, ilmu hadis, ilmu-ilmu saintifik dan ilmu logik. Malah, beliau juga mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang berkaitan dengan kitab Injil, Taurat dan Mahabrata. Dengan kata lain, beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kitab Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Beliau mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, mempunyai kecerdasan, keahlian dan kepandaian dalam perbandingan agama. Beliau juga digelar ‘DeedatPlus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat. Tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luar biasa tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Beliau juga merupakan seorang yang berani menyatakan kebenaran dan terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan oleh ribuan penonton yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

Sebagai contoh, beliau mampu menyakinkan persoalan yang ditanyakan oleh seorang athies tentang kewujudan tuhan yang tidak mempercayai bahawa tuhan menciptakan alam semesta. Beliau menjawab dengan bijak dengan katanya “adakah sebuah mesin mampu tercipta dengan sendirinya tanpa perlu kepada penciptanya”?

Beliau juga mampu dan mahir dalam membentangkan bukti-bukti sains melalui kitab Al-Quran dan Hadis seperti kejadian alam ini adalah dibawah kekuasaan Allah. Pada 40 tahun yang lalu, sains telah menemukan teori bahawa alam ini tercipta setelah berlakunya satu kejadian letupan besar di angkasa lepas iaitu Big Bang Theory. Namun, semua itu sebenarnya telah terjawab dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Surah 21: 30.

Selain daripada itu, saintis terdahulu mempercayai bahawa bulan mengeluarkan cahaya. Namun kajian membuktikan bahawa bulan itu menerima cahaya dari matahari dan kemudian memantulkannya (reflected light). Surah 25: 61.

SUMBANGAN
Pada Februari 1991, beliau telah mengasas dan menubuhkan Islamic Research Foundation (IRF). Tujuan pertubuhan itu adalah untuk membetulkan salah faham berkenaan Islam dalam kalangan penganut agama lain. IRF juga mempunyai rangkaian tv sendiri iaitu Peace TV yang disiarkan secara percuma.

Kerja-kerja yang dihasilkan oleh IRF termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak. Kebanyakkan menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Sejak tahun 1991 hingga 2002, beliau telah menyampaikan ribuan syarahan umum, dijemput ke rancangan-rancangan tv & radio di peringkat antarabangsa seperti di India, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi. Beliau juga menulis banyak buku-buku berkaitan agama & perbandingan agama.

Pada 1 April 2000, terjadi suatu perdebatan yang bertajuk The Quran and the Bible in the light of Science antara beliau dengan Dr. William Campbell (Amerika Syarikat) yang berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Ini merupakan perdebatan beliau yang paling berjaya. Dr. William Campbell adalah seorang pakar Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan fasih berbahasa Arab yang pakar dalam agama Kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr. Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan, tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan beliau itu dihafal secara ‘ayat ke ayat’ oleh Dr. Zakir Naik.
 
Sesungguhnya melihat perdebatan tersebut, membuatkan para penonton merasa takjub terhadap Dr. Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr. William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan tersebut.

Debat ini adalah debat terakhir yang dibuat oleh Dr. Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William Campbell seperti seorang yang ‘hilang arah’ dan hujah ketika bertemu beliau.

Antara sumbangan beliau lagi, beliau berjaya mengislamkan seorang wanita bernama Jill beragama Hindu selepas bertanya soalan kepada Dr. Zakir Naik berkenaan khabar kedatangan nabi Muhammad dalam Kitab selain di Al-Quran dan Injil. Selain itu, Beliau berjaya mengislamkan seorang Kristian yang bernama Patrict setelah berlaku perdebatan yang berkaitan dengan Jesus adalah anak tuhan.
Beliau berjaya mengislamkan puluhan ribu orang di serata dunia dengan kepetahan hujah yang disokong dengan bukti sains dan fakta. Tidak hairanlah jika pendakwah terkenal dunia ini berjaya mengumpulkan hampir enam juta pengikut di laman sosial Facebook miliknya.

Beliau pernah memenuhi undangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dua tahun lalu. Menariknya, ceramah beliau berjaya mengumpul lebih 12,000 tetamu yang hadir di seluruh negeri. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan ceramah di Johor Bahru, Dewan Pisa Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kuantan. ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Beliau turut menerima plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada cendekiawan Islam, Ahmad Deedat yang terpahat "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.”

Pada tahun 2013, beliau dinobatkan sebagai tokoh maal hijrah Peringkat Antarabangsa di Putrajaya.
Sumbangan dan kejayaan beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global dan kebangsaan serta mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Beliau terkenal dengan cara dakwah inter religion yang memukau ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Beliau banyak menerangkan Islam.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.

Read More
Inovatif

5 kesalahan ibubapa punca anak kurang ajar dan tak dengar cakap


"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!" Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

 “Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

 “Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

 “Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?” Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

 “Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

 “Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

 “Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!” Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

 “Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. 

2. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin. Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.” Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

Sy kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita

Read More
Inovatif

7 cara Hassan Al Banna mendidik anaknya


Adanya visi yang benar dan kemampuan aplikasi sikap yang baik, adalah syarat utama dalam pentarbiyahan keluarga. Bila seseorang tidak memiliki visi dalam hidupnya, ia seperti seorang buta yang tidak memiliki petunjuk. Atau, seperti musafir di tengah padang pasir tanpa memegang peta dan alat petunjuk apapun. Bila seseorang tidak mampu mengejahwantahkan perilaku yang baik, maka visi yang dimilikinya hanya bermakna ilmu teoritik belaka atau filosofi yang jauh dari kenyataan lahir. Dan kedua kondisi itu sama tidak bermanfaatnya. Ketika kita mempelajari perilaku Hasan Al Banna di dalam rumahnya, kita akan mendapatkan dia sebagai sosok yang mampu menjadi contoh dalam segalanya. la memiliki visi yang jelas dan mulia, sehingga itu juga yang menjadikannya secara

Ketika kita mempelajari perilaku Hasan Al Banna di dalam rumahnya, kita akan mendapatkan dia sebagai sosok yang mampu menjadi contoh dalam segalanya. la memiliki visi yang jelas dan mulia, sehingga itu juga yang menjadikannya secara sadar menjalani berbagai aktivitas hidupnya. Mari kita masuki rumah Imam Hasan Al Banna rahimahullah untuk melihat, bagaimana ia mendidik anak-anak dan istrinya?.











Read More