10 wasiat Imam Syafie sebelum pulang ke rahmatullah
"Barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia
mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA:
HAK KEPADA DIRI.
Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA:
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari
orang yang kita zalimi, membuat
persediaan
untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA
: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu
: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT:
HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu
: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA
: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA
HARI KIAMAT)
Iaitu
: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menanggung kesusahan.
KEENAM
: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA
PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu
: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.
KETUJUH
: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu
: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN
: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu
: Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN
: HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu
: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.
KESEPULUH
: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu
: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Credit:
Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.