logo

Inovatif

Penyebab perceraian paling aneh

Banyak musabab yang membuat pasangan akhirnya memilih bercerai. Di Malaysia, pasangan paling banyak bercerai kerana masalah ekonomi. Sebab kedua adalah kerana kecurangan. Selain dua hal tersebut, ada hal lainnya yang membuat pasangan bercerai. Bersumberkan dari  Telegraph, berikut adalah 10 hal paling aneh yang menjadi punca pasangan bercerai:

1. Ketularan Teman
Penelitian yang dilakukan pada 12 ribu orang di Amerika mengungkapkan bahawa perceraian boleh merebak. Para peneliti dari Brown University menamakan hal itu sebagai ‘divorce clustering’. Menurut kajian itu, perceraian seorang teman rapat, boleh membuat orang berisiko bercerai juga 75%. Hal itu berlaku kerana perasaan ‘panas’ yang dialami orang yang bercerai, menular ke temannya, seolah-olah seperti virus.

2. Facebook
Media sosial ini banyak disalahkan sebagai penyebab perceraian. Menurut para pengacara di Britain, Facebook memang paling sering disebut sebagai satu punca yang membuat seseorang tergerak untuk menceraikan pasangannya. Salah satu firma guaman khusus perceraian mendakwa bahawa 1 dari 5 punca perceraian pelanggan mereka menyebut bahawa Facebook sebagai punca keretakan rumah tangga. Pengarang Divorce-Online, Mark Keenan, pun mengakui bahawa Facebook kini memang cukup popular sebagai penyebab perceraian. Menurut Keenam, “Aku cukup terkejut karena ada sekitar 20% punca penceraian menyebutkan Facebook”

3. Televisyen
Mungkinkah suami-isteri bercerai karena salah satu pasangannya dilarang menonton television? Hal itu rupanya benar-benar terjadi. Seorang wanita di Pune, India menceraikan suaminya setelah dirinya dilarang menonton opera sabun di televisyen. Suami dari wanita tersebut mengaku ia memang sering bertengkar dengan isterinya selama empat tahun terakhir. Pertengkaran itu terjadi karena isterinya terlalu sering menonton siri opera sabun di television.

4. Burung Kakatua
Percayakah Anda ada pasangan yang bercerai kerana seekor burung kakatua? Seorang wanita di China melakukan hal itu. Pada tahun 2001, wanita tersebut menceraikan pasangannya setelah burung kakatua peliharaan mereka terlepas cakap tentang kecurangan suaminya. Burung tersebut sering mengulang kata ‘cerai’, ‘i love you’ dan ‘sabar’ ketika wanita berkenaan pulang ke rumahnya setelah sebelumnya selama sebulan mengunjungi orang tuanya. Wanita tersebut kemudian membawa burung kakatua itu ke pejabat peguam setempat untuk bersaksi atas kecurangan suaminya.

5. Suami Terlalu Rajin
Pada April 2009, seorang wanita di Jerman menceraikan suaminya karena muak melihat pasangannya itu selalu membersihkan dan menyelesaikan banyak perkara. Selama 15 tahun, wanita itu menikah dengan suaminya yang suka melakukan pekerjaan rumah tangga seperti menyapu dan mengatur perabot. Kesabarannya sampai ke penghujung apabila si suami melakukan ubahsuai kepada salah satu tembok rumah mereka kerana berasa bahawa tembok itu kotor.

6. Fruit Cake
Seorang pemuda di China bernama Cheng Yu menceraikan isterinya kerana tidak tahan kerana sering diberi makan pelbagai macam jenis kuih. “Egg cake, fruit cake, chocolate cake. Aku berasa seperti tong sampah di kedai roti,” kata Cheng Yu. Menurut Cheng, sejak berkahwin, isterinya tidak henti-henti menyediakan kuih setelah makan. Hampir setiap hari isterinya memasak kuih.

7. Olimpik
Seorang pemuda di China diceraikan isterinya pada 2008 kerana ingin menyokong Olimpik Beijing. Wang Yueting, begitulah nama pemuda berkenaan, menjual apartmennya untuk membiayai aksinya berlari mengelilingi China, yang merupakan bentuk sokongannya untuk Olimpik Beijing. Isterinya telah menyatakan akan menceraikan si suami, jika benar-benar melakukan aksi tersebut. Ternyata Wang Yueting tidak memperdulikan ancaman si isteri. Dia menggunakan wang dari penjualan apartment untuk membayar enam orang yang akan membantunya dan membeli sebuah van.

8. Tak Tahan Makan dengan Mertua
Seorang wanita di Rumania meminta cerai dari suaminya pada 2005. Wanita itu menggugut cerai kerana tidak tahan kerana mesti makan siang setiap hari dengan ibu mertuanya. Wanita 22 tahun itu baru menikah selama 10 bulan ketika mengungkapkan lafaz cerai tersebut.

9. Suami ingin mengintip wajah isteri 
Seorang wanita di Arab Saudi meminta cerai dari suaminya pada 2008. Penyebab perceraian itu kerana si suami mencuba mengintip wajah isteri yang sudah dinikahinya selama 30 tahun. Pemuda tersebut memang hidup dengan si isteri selama 30 tahun tanpa diizinkan melihat wajah isterinya yang memakai cadar. Wanita tersebut melakukan hal itu karena mengikuti tradisi di desanya yang mengharuskan wanita menutup wajahnya dengan cadar sepanjang waktu.

10. Alat sulit patah
Seorang pemuda di Rusia diceraikan oleh isterinya setelah penisnya patah ketika bercinta. Grigory Toporov itulah nama pemuda tersebut. Ia sebelumnya menjalani operasi ‘penis extension’ kerana berasa tidak dapat membahagiakan isteri ketika bercinta. Setelah operasi berjaya, pemuda 47 tahun itu pun melakukan hubungan intim dengan isterinya. Rupanya aktiviti bercinta itu tidak berjalan lancar karena penis sang pria patah. Istri Grigory pun minta cerai karena sudah tidak tahan dengan kegagalan sang suami di tempat tidur.

Inovatif

About Inovatif -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :