logo

Inovatif

Spesis cicak pelik seiras 'Spiderman'

Awal bulan Julai 2012, sepasang suami isteri dari Sao Paulo, Brazil berjaya menemui satu spesis cicak yang unik mirip seperti watak Superhero kegilaan ramai, Spiderman.

Menceritakan saat penemuan itu, Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di sebuah lokasi berhampiran sebatang anak sungai yang dikenali sebagai Rongai River. Di situ, pasangan tersebut sedang giat melakukan tugasan dalam bengkel fotografi yang diberikan pada mereka. Lopes dan isterinya telah menghabiskan masa di lokasi anak sungai sejak awal pagi. Mereka difahamkan oleh pihak penganjur bahawa kawasan tersebut adalah antara lokasi yang menjadi kegemaran ramai jurugambar bagi merakam gambar harimau bintang.

Setelah selesai merakam gambar yang diperlukan, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk berada di kawasan tersebut sehingga petang. Mereka terus merakam beberapa lagi gambar sebelum meninggalkan lokasi berkenaan. Ketika sedang asyik merakam gambar, Lopes dikejutkan dengan suara panggilan isterinya seolah-olah telah terjumpa sesuatu yang pelik. Dia bergegas mendapatkan isterinya yang berada di sebuah batu besar berhampiran anak sungai.
Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra.
Setibanya disitu, dia hampir tidak percaya selepas melihat sejenis spesis cicak pelik di atas batu tersebut. Ia mempunyai warna merah di bahagian dada, manakala dibahagian lengan dan kaki pula berwarna biru, menyerupai watak Spiderman!

Menurut Lopes, cicak itu kelihatan sungguh menakjubkan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan spesis cicak seumpamanya. Dia mengakui, pengalaman menemui cicak pelik itu menjadi satu pengalaman berharga buat mereka berdua. Terpesona dengan keindaham fenomena itu, seorang lagi jurugambar bernama Dobson tidak melepaskan peluang merakam beberapa keping gambar untuk tatapan umum. Jurugambar dari Brazil itu merupakan orang yang paling bertuah kerana sewaktu dia merakam gambar, cicak berkenaan sedang berjemur di atas batu.


Kisah mengenai penemuan spesis cicak itu akhirnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Ia menjadi tajuk berita hangat yang diperkatakan semua orang yang ingin mengetahui lebih lanjur tentang kehidupan spesis tersebut.
Menurut seorang pakar haiwan di kedai Exotic-pets.co.uk, Karen Baker, nama saintifik bagi reptilia ini adalah Mwanza Flat-Headed Agama.
Spesis ini tergolong dalam kumpulan spesis cicak yang dikenali sebagai Agamidae. Ia boleh ditemui di tiga buah negara iaitu Tanzania, Rwanda dan Kenya.
Reptilia ini merupakan sejenis spesis cicak yang hidup secara berkumpulan. Kebiasaannya, dalam setiap kumpulan haiwan ini akan diketuai oleh seekor cicak jantan yang dominan.
Cicak jantan biasanya mempunyai dua ton warna iaitu merah pada bahagian kepala dan belakang badan. Manakala, warna biru pula boleh dilihat pada bahagian kaki depan, kaki belakang, ekor dan bawah perut. Berbeza dengan cicak betina, keseluruhan badannya berwarna coklat kehitaman. Habitat utama reptilia ini selalunya di celah-celah kawasan berbatu, gua dan pokok kayu. Makanannya pula adalah cengkerik, lipas, buah-buahan dan ulat. Dan berdasarkan rekod kajian sebelum ini, cicak tersebut mampu hidup sehingga 15 tahun.

Sumber: Caters News Agency 

Inovatif

About Inovatif -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :