logo

Inovatif

'SAMSUNG NOTE 7 ' ditarik daripada pasaran selepas bateri meletup ketika sedang di cas!?

Note 7 hangus dengan dengan skrin sentuh 5.7 terbakar dan cair
Menurut laporan The Korea Herald, Samsung sedang mempertimbangkan keputusan untuk ‘panggilan semula’ setelah terdapat laporan pengguna menunjukkan bateri Note 7 meletup ketika sedang dicas.
Presiden Mobile Businness Samsung Koh Dong-Jin
Samsung sedang membuat persediaan secara besar-besaran di peringkat global untuk memanggil semula (recall) smartphone terbarunya – Galaxy Note 7, menurut Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan. Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran Note 7 untuk menyiasat dakwaan di atas. Yonhap mendakwa Samsung sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi yang telah melancarkan Note 7 – iaitu Verizon Wireless – tentang bagaimana panggilan semula akan dilakukan.

Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan. Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan. Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.

Sumber: Harian Metro

Inovatif

About Inovatif -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :