Tinggal di USA, wanita Sabah ini senaraikan 10 perkara pelik di sana
Perkara unik yang ada di Malaysia
belum tentu ada di negara lain. Begitu juga sebaliknya. Kami bawakan 10
perkara unik berikut yang ada di USA tapi tiada di Malaysia. Ia adalah
sumbangan daripada Hadhinah Fawwazah yang telah berkahwin dengan warga USA dan menetap di sana.
1. Kedai senjata
Di AS, setiap bandar besar akan ada berpuluh-puluh kedai senjata di
mana semua yang tidak mempunyai rekod jenayah boleh memiliki senjata
tanpa perlu ada lesen atau permit senjata.
Masuk ke kedai, berikan ID, tunggu 3 hari untuk “background checking”
untuk rekod jenayah, dan kalau takda rekod jenayah, dapatlah menyimpan
senjata, samada untuk memburu atau untuk mempertahankan diri.
2. “Drive-thru ATM”
Dengar khabarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat yang mempunyai
“drive-through” ATM ini. Tapi di AS, “drive through ATM” ini sudah
menjadi kebiasaan dan boleh dilihat di mana-mana. Mudah dan selamat,
terutamanya bagi wanita yang ingin mengeluarkan wang di waktu malam.
3. “Corn maze” di ladang jagung yang sangat luas
Setiap kali sebelum musim menuai jagung, peladang-peladang jagung di
Timur AS akan menjadikan ladang jagung mereka yang luas sebagai “corn
maze”. Saya sendiri pergi dan merasai pengalaman mencari jalan keluar
dari “corn maze” di Manalapan, New Jersey pada musim luruh lalu.
Telah terjadi satu hari seorang pengunjung sesat di dalam “corn maze”
dan panggilan SOS terpaksa dibuat kerana pengunjung terbabit terlalu
letih untuk cari jalan keluar. Ladang yang saya pergi ini juga ialah Top
10 yang terbesar di AS. Letih juga mencari jalan keluar, saya ambil
masa 2 jam!
4. Bandar kecil terbiar dan bandar kecil dengan nama yang pelik
Nothing, Arizona. Populasi: 4, tetapi sewaktu saya
berada di sana, saya tidak bertemu dengan 4 orang ini, sebaliknya, saya
“berkawan” dengan kaktus gergasi, Saguaro(sa-wa-ra), yang hanya terdapat
di selatan Arizona dan sedikit di California di AS ini. Tiada nama lain
kah selain Nothing? Unik, bukan?
Zzyzx, California
Pada asalnya ialah sebuah komuniti kecil bernama Soda Spring di
California, dekat sempadan California-Nevada. Kawasan pra-sejarah ini
telah lama menyaksikan kehidupan manusia yang berpusat di oasis yang
terdapat di tengah-tengah kawasan gurun Mojave. Nama “Zzyzx” diberikan
oleh Curtis Springer pada tahun 1944, sebagai sebahagian daripada usaha
beliau untuk meletakkan pekan ini di barisan terakhir buku Yellow Pages!
Dia berjaya, akan tetapi pekan ini mati begitu sahaja berikutan
kekurangan pengunjung kerana lokasi yang agak jauh dari bandar lainnya.
Gambar ini ialah saya berjalan di atas garam di pinggi Zzyzx.
5. Daerah Yolo
Satu-satunya daerah di dunia yang dinamakan Yolo, dinamakan sempena
nama sebuah sungai yang mengalir di situ. Pekan ini kemudiannya menjadi
popular gara-gara terma “YOLO” atau “You only live once“.
Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan pekan
ini, dan sewaktu saya di sini, rakan-rakan menyangka saya bergurau.
Yolo ini kecil sahaja, tetapi mereka ada balai bomba dan juga pejabat
pos, juga bernama Yolo.
6. Nombor plat – sesuka hati boleh reka dan daftarkan
Salah satu cara untuk melihat warga AS berkreatif di atas jalan ialah
dengan undang-undang “JPJ” mereka di mana setiap pemilik kereta boleh
memilih apa sahaja nama yang mereka suka untuk didaftarkan sebagai
nombor kereta mereka asalkan tidak melebihi 7 aksara.
Saya gemar mengambil gambar nama-nama yang menarik, contohnya kereta “CHICKEN” dari Negeri Alaska ini dan yang lainnya. Akan tetapi, jika negeri anda sudah terdapat satu nama CHICKEN,
maka anda tidak boleh lagi menggunakan nama tersebut. Kalau di Malaysia
dibenarkan berbuat yang begini, macam-macam namalah yang akan kita
lihat! Yang menariknya juga mengenai keistimewaan ini ialah anda boleh
“customized” secara percuma! Ya, tanpa perlu “bidding” atau bayaran yang
mahal macam di Malaysia yang tidak membenarkan pemilik kereta menjadi
terlebih kreatif.
8. Hotel berupa anjing
Pelik tapi wujud. Pada trip merentas 34 negeri di AS musim panas
lepas, saya berkesempatan menetap selama satu malam di hotel yang mana
antara paling pelik di dunia, hotel berbentuk anjing yang terletak di
Cottonwood, Negeri Idaho.
Frances dan Denis, iaitu arkitek dan pereka serta pemilik hotel ini sangat gemarkan anjing. Mula-mula hanya hobi, Dog Bark Park Inn
kini telah menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia. Hotel ini juga
disenaraikan di Airbnb, tetapi anda memang harus berebut jikalau ingin
bermalam di sini berikutan permintaan yang sangat tinggi.
9. Wormsloe Historic Plantation – di mana terletaknya jalan pokok oak hidup terpanjang dan satu-satunya di dunia
Terletak di Savannah, Negeri Georgia, jaluran pokok oak tang ditanam
pada tahun 1800an ini telah menarik perhatian ramai jurugambar terkenal
berikutan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.
Jika anda Google nama tempat ini, nescaya jalan pokok oak hidup ini
yang akan muncul dan hanya jalan ini yang akan muncul kerana tidak ada
jaluran pokok oak yang terpanjang dan juga yang masih hidup terdapat di
mana-mana di dunia ini melainkan di sini. Panjang jalan ini ialah 2.4 km
dan percayalah, tempat ini tiada yang lainnya.
10. Makanan astronaut – boleh didapati di pasaraya
Bukan kebiasaan untuk kita lihat apatah lagi merasa makanan yang
dikhaskan untuk misi angkasa. Di AS, anda boleh merasai beberapa makanan
yang direka khas untuk dibawa dan seterusnya dinikmati di angkasa oleh
para angkasawan.
Paling popular ialah aiskrim Neapolitan “freeze-dried” ini.
Ya, ini ialah aiskrim yang telah dibeku-keringkan. Rasanya sama seperti
aiskrim, cuma ianya tidak sejuk, sebaliknya akan terasa seperti memakan
biskut.
About Inovatif -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.