

Pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan cerama Maulidur Rasul. Saya berkesempatan berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan
kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah
Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang
agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam
pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya
lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya
uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung,
bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman
menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah
Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes
yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah
kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan,
menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua
hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang
yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara
kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah
bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke
rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir.
Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi
apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi
dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah
tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa
saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak
Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan
lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya.
Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat
busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah
tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok
wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya
seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan
bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain
kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara
kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah
yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat
itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan
jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah
diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut
Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada
hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari
tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya.
“Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi
mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar
dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya
ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan
berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir.
Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada
mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu
adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan
tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia
akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya
menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana
dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya
lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu,
terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu
tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan
badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian
Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi
memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya
seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki.
Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak
Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan
menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak,
merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok
imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk
maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang
bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam
saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa
mereka itu. Saya kemudiannya meminta izin SERTA bantuan mereka untuk
menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat
tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen
banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah
kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang
dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas
itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya
mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak
diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab
saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang
menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain
kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka
saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya
katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak
apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain,
saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan
jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh
saya lakukan.
Pada masa yang sama saya
berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah,
cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan
taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir
cuma 13 orang saja. Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah
timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak
ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan
sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah
kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang
hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu
sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian
muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan
vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia
berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan
untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan
kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak
mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van
itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan
bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka
waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang
basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu
sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk
menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur
dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan
kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami
menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan
sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi
peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi –
takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut
ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan
tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad
jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya
keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan,
tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya
arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas.
Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup,
tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi SAW.
Papan keranda diturunkan dan
kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya
mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan
tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan
ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya
arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu.
Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak
dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang.
Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok
tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup
saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan
keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat
mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang
saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan
doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan
himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang
telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi
orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid
dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan
mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya.
Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham
menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum,
anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga
ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang
Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila
dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal
membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham
telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka
menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini
akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita
adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita,
anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat
menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Sumber: resepisheilarusly.com
Wallahu’alam bishshawab,
..Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...
Semoga bermanfaat dan Dapat
Diambil Hikmah-Nya ...
Sila DI SHARE .. jika menurut
sahabat bermanfaat ....

Berita Baik!. Ini adalah cara Paling Mudah Mengesan Telefon Bimbit Yang Dicuri Atau Hilang!
Saat paling membimbangkan ialah apabila handphone anda tercicir dan lebih-lebih lagi hilang terus. BERITA BAIK!. Anda boleh mengesan semula handphone anda itu walaupun sim dah ditukar.
Setiap telefon bimbit sebenarnya ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih di mana sahaja di dunia.
Lihat bagaimana ia berfungsi!
1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.
2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.
3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.
4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah:
Lihat bagaimana ia berfungsi!
1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.
2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.
3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.
4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah:
- Nama anda:
- Alamat:
- Model telefon:
- Buatan:
- No. terakhir digunakan:
- E-mel untuk dihubungi:
- Tarikh hilang:
- IMEI No:
5. Tidak perlu pergi ke balai polis.
6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet.
Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar!
7. Sila layari: www.imei.info
Like us (hub takwa FB) jika anda rasa artikel ini bermanfaat.
6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet.
Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar!
7. Sila layari: www.imei.info
Like us (hub takwa FB) jika anda rasa artikel ini bermanfaat.

'SAMSUNG NOTE 7 ' ditarik daripada pasaran selepas bateri meletup ketika sedang di cas!?
![]() |
| Note 7 hangus dengan dengan skrin sentuh 5.7 terbakar dan cair |
Menurut laporan The Korea Herald, Samsung sedang mempertimbangkan
keputusan untuk ‘panggilan semula’ setelah terdapat laporan pengguna
menunjukkan bateri Note 7 meletup ketika sedang dicas.
![]() |
| Presiden Mobile Businness Samsung Koh Dong-Jin |
Samsung sedang membuat persediaan secara besar-besaran di peringkat
global untuk memanggil semula (recall) smartphone terbarunya – Galaxy
Note 7, menurut Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan. Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran Note 7 untuk menyiasat dakwaan di atas. Yonhap mendakwa Samsung sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat
telekomunikasi yang telah melancarkan Note 7 – iaitu Verizon Wireless –
tentang bagaimana panggilan semula akan dilakukan.
Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan. Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan. Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.
Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan. Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan. Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.
Sumber: Harian Metro

Spesis cicak pelik seiras 'Spiderman'
Awal bulan Julai 2012, sepasang suami isteri dari Sao Paulo, Brazil
berjaya menemui satu spesis cicak yang unik mirip seperti watak
Superhero kegilaan ramai, Spiderman.
Menceritakan saat penemuan itu, Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra
berada di sebuah lokasi berhampiran sebatang anak sungai yang dikenali
sebagai Rongai River. Di situ, pasangan tersebut sedang giat melakukan tugasan dalam bengkel fotografi yang diberikan pada mereka.
Lopes dan isterinya telah menghabiskan masa di lokasi anak sungai sejak
awal pagi. Mereka difahamkan oleh pihak penganjur bahawa kawasan
tersebut adalah antara lokasi yang menjadi kegemaran ramai jurugambar
bagi merakam gambar harimau bintang.
Setelah selesai merakam gambar yang diperlukan, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk berada di kawasan tersebut sehingga petang. Mereka terus merakam beberapa lagi gambar sebelum meninggalkan lokasi berkenaan. Ketika sedang asyik merakam gambar, Lopes dikejutkan dengan suara panggilan isterinya seolah-olah telah terjumpa sesuatu yang pelik. Dia bergegas mendapatkan isterinya yang berada di sebuah batu besar berhampiran anak sungai.
Setelah selesai merakam gambar yang diperlukan, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk berada di kawasan tersebut sehingga petang. Mereka terus merakam beberapa lagi gambar sebelum meninggalkan lokasi berkenaan. Ketika sedang asyik merakam gambar, Lopes dikejutkan dengan suara panggilan isterinya seolah-olah telah terjumpa sesuatu yang pelik. Dia bergegas mendapatkan isterinya yang berada di sebuah batu besar berhampiran anak sungai.
![]() |
| Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra. |
Setibanya disitu, dia hampir tidak percaya selepas melihat sejenis
spesis cicak pelik di atas batu tersebut. Ia mempunyai warna merah di
bahagian dada, manakala dibahagian lengan dan kaki pula berwarna biru,
menyerupai watak Spiderman!
Menurut Lopes, cicak itu kelihatan sungguh menakjubkan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan spesis cicak seumpamanya. Dia mengakui, pengalaman menemui cicak pelik itu menjadi satu pengalaman berharga buat mereka berdua. Terpesona dengan keindaham fenomena itu, seorang lagi jurugambar bernama Dobson tidak melepaskan peluang merakam beberapa keping gambar untuk tatapan umum. Jurugambar dari Brazil itu merupakan orang yang paling bertuah kerana sewaktu dia merakam gambar, cicak berkenaan sedang berjemur di atas batu.
Kisah mengenai penemuan spesis cicak itu akhirnya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Ia menjadi tajuk berita hangat yang diperkatakan semua orang yang ingin mengetahui lebih lanjur tentang kehidupan spesis tersebut. Menurut seorang pakar haiwan di kedai Exotic-pets.co.uk, Karen Baker, nama saintifik bagi reptilia ini adalah Mwanza Flat-Headed Agama.
Spesis ini tergolong dalam kumpulan spesis cicak yang dikenali sebagai Agamidae. Ia boleh ditemui di tiga buah negara iaitu Tanzania, Rwanda dan Kenya. Reptilia ini merupakan sejenis spesis cicak yang hidup secara berkumpulan. Kebiasaannya, dalam setiap kumpulan haiwan ini akan diketuai oleh seekor cicak jantan yang dominan.
Cicak jantan biasanya mempunyai dua ton warna iaitu merah pada bahagian
kepala dan belakang badan. Manakala, warna biru pula boleh dilihat pada
bahagian kaki depan, kaki belakang, ekor dan bawah perut. Berbeza dengan
cicak betina, keseluruhan badannya berwarna coklat kehitaman. Habitat utama reptilia ini selalunya di celah-celah kawasan berbatu, gua
dan pokok kayu. Makanannya pula adalah cengkerik, lipas, buah-buahan
dan ulat. Dan berdasarkan rekod kajian sebelum ini, cicak tersebut mampu hidup sehingga 15 tahun.
Sumber: Caters News Agency

Penyebab perceraian paling aneh
Banyak musabab yang membuat
pasangan akhirnya memilih bercerai. Di Malaysia, pasangan paling banyak
bercerai kerana masalah ekonomi. Sebab kedua adalah kerana kecurangan. Selain
dua hal tersebut, ada hal lainnya yang membuat pasangan bercerai. Bersumberkan
dari Telegraph, berikut adalah 10 hal
paling aneh yang menjadi punca pasangan bercerai:
1. Ketularan Teman
Penelitian yang dilakukan pada
12 ribu orang di Amerika mengungkapkan bahawa perceraian boleh merebak. Para
peneliti dari Brown University menamakan hal itu sebagai ‘divorce clustering’.
Menurut kajian itu, perceraian seorang teman rapat, boleh membuat orang
berisiko bercerai juga 75%. Hal itu berlaku kerana perasaan ‘panas’ yang
dialami orang yang bercerai, menular ke temannya, seolah-olah seperti virus.
2. Facebook
Media sosial ini banyak
disalahkan sebagai penyebab perceraian. Menurut para pengacara di Britain,
Facebook memang paling sering disebut sebagai satu punca yang membuat seseorang
tergerak untuk menceraikan pasangannya. Salah satu firma guaman khusus
perceraian mendakwa bahawa 1 dari 5 punca perceraian pelanggan mereka menyebut
bahawa Facebook sebagai punca keretakan rumah tangga. Pengarang Divorce-Online,
Mark Keenan, pun mengakui bahawa Facebook kini memang cukup popular sebagai
penyebab perceraian. Menurut Keenam, “Aku cukup terkejut karena ada sekitar 20%
punca penceraian menyebutkan Facebook”
3. Televisyen
Mungkinkah suami-isteri
bercerai karena salah satu pasangannya dilarang menonton television? Hal itu
rupanya benar-benar terjadi. Seorang wanita di Pune, India menceraikan suaminya
setelah dirinya dilarang menonton opera sabun di televisyen. Suami dari wanita
tersebut mengaku ia memang sering bertengkar dengan isterinya selama empat
tahun terakhir. Pertengkaran itu terjadi karena isterinya terlalu sering
menonton siri opera sabun di television.
4. Burung Kakatua
Percayakah Anda ada pasangan
yang bercerai kerana seekor burung kakatua? Seorang wanita di China melakukan
hal itu. Pada tahun 2001, wanita tersebut menceraikan pasangannya setelah
burung kakatua peliharaan mereka terlepas cakap tentang kecurangan suaminya.
Burung tersebut sering mengulang kata ‘cerai’, ‘i love you’ dan ‘sabar’ ketika
wanita berkenaan pulang ke rumahnya setelah sebelumnya selama sebulan
mengunjungi orang tuanya. Wanita tersebut kemudian membawa burung kakatua itu
ke pejabat peguam setempat untuk bersaksi atas kecurangan suaminya.
5. Suami Terlalu Rajin
Pada April 2009, seorang
wanita di Jerman menceraikan suaminya karena muak melihat pasangannya itu
selalu membersihkan dan menyelesaikan banyak perkara. Selama 15 tahun, wanita
itu menikah dengan suaminya yang suka melakukan pekerjaan rumah tangga seperti
menyapu dan mengatur perabot. Kesabarannya sampai ke penghujung apabila si
suami melakukan ubahsuai kepada salah satu tembok rumah mereka kerana berasa
bahawa tembok itu kotor.
6. Fruit Cake
Seorang pemuda di China
bernama Cheng Yu menceraikan isterinya kerana tidak tahan kerana sering diberi
makan pelbagai macam jenis kuih. “Egg cake, fruit cake, chocolate cake. Aku
berasa seperti tong sampah di kedai roti,” kata Cheng Yu. Menurut Cheng, sejak
berkahwin, isterinya tidak henti-henti menyediakan kuih setelah makan. Hampir
setiap hari isterinya memasak kuih.
7. Olimpik
Seorang pemuda di China
diceraikan isterinya pada 2008 kerana ingin menyokong Olimpik Beijing. Wang
Yueting, begitulah nama pemuda berkenaan, menjual apartmennya untuk membiayai
aksinya berlari mengelilingi China, yang merupakan bentuk sokongannya untuk
Olimpik Beijing. Isterinya telah menyatakan akan menceraikan si suami, jika
benar-benar melakukan aksi tersebut. Ternyata Wang Yueting tidak memperdulikan
ancaman si isteri. Dia menggunakan wang dari penjualan apartment untuk membayar
enam orang yang akan membantunya dan membeli sebuah van.
8. Tak Tahan Makan dengan
Mertua
Seorang wanita di Rumania
meminta cerai dari suaminya pada 2005. Wanita itu menggugut cerai kerana tidak
tahan kerana mesti makan siang setiap hari dengan ibu mertuanya. Wanita 22
tahun itu baru menikah selama 10 bulan ketika mengungkapkan lafaz cerai
tersebut.
9. Suami ingin mengintip wajah
isteri
Seorang wanita di Arab Saudi meminta cerai dari suaminya pada 2008.
Penyebab perceraian itu kerana si suami mencuba mengintip wajah isteri yang
sudah dinikahinya selama 30 tahun. Pemuda tersebut memang hidup dengan si
isteri selama 30 tahun tanpa diizinkan melihat wajah isterinya yang memakai
cadar. Wanita tersebut melakukan hal itu karena mengikuti tradisi di desanya
yang mengharuskan wanita menutup wajahnya dengan cadar sepanjang waktu.
10. Alat sulit patah
Seorang pemuda di Rusia
diceraikan oleh isterinya setelah penisnya patah ketika bercinta. Grigory
Toporov itulah nama pemuda tersebut. Ia sebelumnya menjalani operasi ‘penis
extension’ kerana berasa tidak dapat membahagiakan isteri ketika bercinta.
Setelah operasi berjaya, pemuda 47 tahun itu pun melakukan hubungan intim
dengan isterinya. Rupanya aktiviti bercinta itu tidak berjalan lancar karena
penis sang pria patah. Istri Grigory pun minta cerai karena sudah tidak tahan
dengan kegagalan sang suami di tempat tidur.


